Cari:
China-Laos Tingkatkan Kerjasama Pengajaran Bahasa Mandarin
2014-05-29 17:21:22 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri Laos, Somsavat Lengsavad menemui Ketua Pengarah Ibu Pejabat Institut Konfusius China, Xu Lin di Vientiane semalam. Beliau berkata, kedua-dua pihak harus meningkatkan kerjasama pengajaran bahasa Mandarin dan mengajar lebih ramai orang untuk pandai berbahasa Mandarin.

Somsavat berkata, lebih ramai belia Laos berminat terhadap bahasa Mandarin. Tambahan lagi, perkembangan hubungan rakan kerjasama dan strategi Laos dan China memerlukan lebih ramai orang yang memahami bahasa Mandarin. Beliau berharap jabatan berkenaan kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran bahasa Mandarin.

Xu Lin berkata, China akan bekerjasama dengan Universiti Kebangsaan Laos untuk meningkatkan pembinaan Institut Konfusius, serta melatih lebih ramai guru bahasa Mandarin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China