Cari:
PM Malaysia Sampaikan Simpati kepada Keluarga Penumpang MH370
2014-05-29 19:36:29 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak menyampaikan rasa simpati kepada rakyat China, khasnya keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden MH370 yang masih hilang.

Demikian dinyatakan oleh beliau ketika menemui rakan sejawatnya dari China, Li Keqiang di Beijing petang ini.

Najib turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak China dalam menangani peristiwa tersebut. Beliau juga berharap agar pihak China serta pihak-pihak yang terlibat terus bekerjasama dalam pencarian dan penyiasatan supaya menenangkan hati keluarga penumpang dan menyelesaikan peristiwa ini dengan baik.

Li Keqiang berkata, pihak China sentiasa mengekalkan kerjasama dengan pihak Malaysia selepas insiden MH370 ini berlaku. Kerajaan China amat mementingkan penyiasatan dan penyelesaian insiden tersebut. Diharap pihak Malaysia terus memainkan peranan utama dan menetapkan pelan pencarian yang baru di samping menjalankan siasatan berkenaan. Selain itu, diharap pihak Malaysia terus membantu keluarga penumpang China yang terlibat, membalas tuntutan mereka yang rasional supaya peristiwa ini ditangani dengan baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China