Cari:
Najib Merasmikan Persidangan Pengajian Melayu 2014 di Beijing
2014-05-30 10:23:23 CRI Cetak

 

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China telah menghadiri majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu (PAPM) 2014 di Beijing pagi tadi.

Ketika menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian persidangan itu, Najib berkata, hubungan persahabatan antara Malaysia dengan China bersejarah lama. Setelah terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun 1974, hubungan persahabatan antara kedua-dua negara kian erat. Hubungan antara kedua-dua negara bukan hanya dalam sektor ekonomi, tetapi juta melibatkan sosiobudaya. Beliau berharap kedua-dua negara meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi untuk mengukuhkan hubungan persahabatan.

Beliau juga berkata, China mencapai kejayaan yang besar dalam pengajian dan penggunaan bahasa Melayu pada beberapa tahun kebelakangan ini. Ini menjadi asas yang baik bagi pertukaran kebudayaan dan pendidikan antara kedua-dua negara.

Menurutnya, beberapa institut pengajian tinggi di China telah menubuhkan jurusan pengajian bahasa Melayu, seperti Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing, Universiti Komunikasi China dan lain-lain. Selain itu, siaran bahasa Melayu Radio Antarabangsa China (CRI) telah dipancarkan sejak 1 Mac 1959 hingga masa ini.

Persidangan kali ini bertemakan "hubungan China-Malaysia" dan disertai oleh lebih 120 sarjana dari enam buah negara.


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China