
Sesi pembentangan Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu 2014 diadakan petang Jumaat. Sesi tentang pendidikan dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Bahasa Melayu, CRI, Puan Zhang Wenwen.

Dr. Shaoying @ Adibah dari Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing membentangkan tesis yang bertajuk: Peluang dan Cabaran Perkembangan Jabatan Bahasa Melayu di Beijing Foreign Studies University.

Profesor Madya Tan Xiao dari Universiti Pengajian Bahasa Asing Guangdong membentangkan tesis yang bertajuk: Meneroka bidang pengajaran bahasa Melayu di China Selatan.

Liu Jiarong dari Universiti Minzu Yunnan membentangkan laporan yang bertajuk:
Program bahasa Melayu di Yunnan: Cabaran dan masa depan.








