Cari:
Zhang Dejiang Ditemui Najib
2014-05-30 20:22:06 CRI Cetak

Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) bersedia mengeratkan hubungan persahabatan dengan parlimen Malaysia bagi mempertingkat hubungan rakan strategik komprehensif China-Malaysia ke tahap yang baharu.

Demikian dikatakan ole Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang ketika menemui Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak di Beijing hari ini.

Zhang Dejiang berkata, hubungan China-Malaysia telah menempuhi ujian sejak hubungan diplomatik terjalin 40 tahun dahulu. Kedua-dua negara ini patut meningkatkan hubungan persahabatan, menggalakkan kerjasama serantau dan memainkan peranan yang kian besar dalam memelihara keamanan dan pembangunan rantau ini.

Beliau juga menyatakan dukacita terhadap insiden kehilangan pesawat MH370 dan berharap pihak Malaysia menangani peristiwa ini dengan sebaiknya.

Najib bersetuju dengan pandangan Zhang terhadap hubungan dua hala. Beliau turut menyampaikan simpati kepada waris penumpang China dan berjanji akan memberi jawapan yang memuaskan kepada mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China