Cari:
Xi Jinping Ditemui Najib
2014-05-30 21:44:05 CRI Cetak

China menghargai hubungan persahabatan dengan Malaysia dan memandang Malaysia sebagai sahabat yang boleh dipercayai dan rakan kerjasama yang penting.

Presiden China, Xi Jinping berkata demikian ketika bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai, Beijing petang tadi.

Xi berkata, 40 tahun yang lalu, Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri China ketika itu, Zhou Enlai menandatangani pengumuman penjalinan hubungan diplomatik dan membuka lembaran baharu hubungan China-Malaysia. Dalam tempoh 40 tahun ini, hubungan kedua-dua negara ini mencapai kemajuan besar dan membuahkan hasil yang cemerlang.

Beliau berkata, China dan Malaysia patut mengambil peluang pembangunan, mengatasi cabaran dan mempererat hubungan rakan strategik dua hala. Kedua-dua negara patut meningkatkan interaksi dalam pentadbiran negara, mendorong kerjasama dalam bidang pembinaan infrastruktur, kesalinghubungan, penerbangan angkasa lepas, satelit kawalan jauh, kewangan dan lain-lain, di samping melonjakkan perdagangan dan pelaburan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Najib pula berkata, beliau amat mengutamakan hubungan dengan China dan bersedia mewariskan persahabatan yang terjalin sejak generasi dahulu, meningkatkan kesalingpercayaan, mengeratkan hubungan Malaysia-China supaya memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau berkata pihak Malaysia mengalu-alukan syarikat China giat melibatkan diri dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

Presiden Xi menambah, pesawat MH370 telah hilang hubungan selama hampir tiga bulan. Malaysia, Australia dan pihak-pihak terlibat telah mencurahkan tenaga yang besar untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat. China berharap agar pihak Malaysia bekerjasama dengan pihak-pihak terlibat demi menyusun pelan pencarian pada fasa seterusnya sehingga pesawat itu dapat ditemui secepat mungkin.

Najib berkata, Malaysia akan sedaya upaya meneruskan operasi mencari sehingga pesawat itu ditemui.

Ketika menyentuh isu Laut China Selatan, Xi Jinping berkata, China amat menghargai keamanan di Laut China Selatan dan menentang isu berkenaan dirumitkan atau diantarabangsakan. China tidak akan mencetuskan peselisihan, namun akan mengambil tindak balas sekiranya negara-negara tertentu menimbilkan provokasi. Beliau berharap China dan Malaysia bersama-sama memelihara keamanan di kawasan berkenaan.

Najib menyatakan, ASEAN dan China saling bergantung. Kedua-dua pihak perlu berusaha bersama-sama untuk membina Asia yang damai, aman dan makmur. Beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Xi dalam isu Laut China Selatan iaitu negara-negara terlibat patut menyelesaikan perselisihan melalui dialog langsung. Malaysia akan menjadi Pengerusi Bergilir ASEAN pada tahun depan, maka negara itu bersedia memberi sumbangan untuk mengeratkan hubungan ASEAN dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China