Cari:
Perutusan Tahniah Presiden Xi Sempena Ulang Tahun Ke-40 Hubungan Diplomatik China-Malaysia
2014-05-31 16:21:44 CRI Cetak
Hari ini merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-Malaysia. Presiden China Xi Jinping, Perdana Menteri, Li Keqiang, dan Menteri Luar, Wang Yi masing-masing mengirim perutusan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Abdul Halim Mu'adzam, Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Anifah Aman.

Xi Jinping dalam perutusan itu berkata, sejak penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia pada 40 tahun yang lalu, hubungan kedua-dua negara berkembang pesat. Kesalingpercayaan politik antara kedua-dua negara kian meningkat, kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, kewangan, infrastruktur, kebudayaan dan lain-lain mencapai kemajuan yang memuaskan, khususnya dalam bidang pertahanan dan keselamatan. China berharap terus menggalakkan hubungan kedua-dua negara ke fasa baharu.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Abdul Halim Mu'adzam, Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar Anifah Aman juga mengutus perutusan tahniah kepada pemimpin China.

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam dalam perutusan bagida berkata, hubungan Malaysia-China berkemang baik pada 40 tahun yang lalu.

Malaysia yakin, persahabatan kedua-dua negara kita yang kukuh pasti dapat ditingkatkan dan menyumbang kepada keamanan, keselamatan dan kemakmuran serantau malah dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China