Cari:
Najib: Pertikaian Laut China Selatan Mesti Diselesaikan Secara Rasional
2014-06-02 11:09:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Usaha perlu dilakukan untuk menjamin keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan. Pertikaian berkenaan mesti diselesaikan secara rasional.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak yang membuat lawatan rasmi ke China pada 27 Mei hingga 1 Jun lepas berkata demikian ketika diwawancara secara eksklusif oleh Stesen Televisyen Pusat China (CCTV) di Beijing.

Najib berkata, China dan Malaysia komited memelihara keamanan dan kestabilan serantau. China bakal muncul sebagai entiti ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun yang akan datang. Malaysia pula berhasrat menjadi negara maju. Keamanan dan kestabilan di rantau ini diperlukan bagi kedua-dua negara untuk mewujudkan sasaran tersebut. Oleh itu, isu-isu seperti pertikaian Laut China Selatan tidak boleh dibiarkan menjejaskan sasaran strategik ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China