Malaysia akan meneruskan misi mencari pesawat MAS MH370 sehingga selesai meliputi semua kawasan pencarian berkenaan.
Menteri Pertahanan merangkap Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan semalam mengatakan, misi pencarian berkenaan berdepan dengan kesukaran baharu. Malaysia, Australia dan China dalam satu perjanjian yang dicapai pada 5 Mei lepas berjanji akan memperhebat usaha mencari pesawat MH370.
Beliau menambah, Malaysia dan China bersetuju mempererat kerjasama dalam misi pencarian di selatan Lautan Hindi dalam fasa seterusnya.