Cari:
Malaysia Sasar Eksport 3,000 Produk Halal ke China
2014-06-09 12:23:51 CRI Cetak

Menurut laporan Bernama, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia menyasarkan untuk mengeksport kira-kira 3,000 jenis produk halal ke bandar Xi'an, China tahun depan bagi memenuhi permintaan pasaran di sana.

Demikian dinyatakan oleh Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Informasi Usahawan Pahang peringkat daerah di Dataran Kerayong semalam.

Menurut beliau, menerusi lawatan ke China baru-baru ini, beliau melihat China mempunyai potensi besar dalam usaha pemasaran produk halal Malaysia berikutan status halal Malaysia yang mendapat pengiktirafan seluruh dunia. Malah penduduk bukan Islam di China turut menggemari produk halal Malaysia kerana diyakini dari segi kebersihan. Menurut beliau, usahawan Malaysia perlu merebut peluang tersebut kerana China merupakan kuasa pembeli yang besar dan boleh memberi pasaran baik kepada hasil produk mereka.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, pihaknya juga akan menganjurkan satu seminar halal di Xi'an hujung tahun ini. Kata beliau, penganjuran seminar ini sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Xi'an sebagai pintu masuk produk halal Malaysia ke China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China