Menurut statistik Jabatan Pentadbiran Kastam China semalam, pada lima bulan pertama tahun ini, perdagangan dua hala China-ASEAN meningkat 1.2% dengan nilai RMB 1.12 trilion. Kadar pertumbuhan import dan eksport antara China dengan ASEAN masing-masing lebih tinggi daripada keseluruhan perdagangan luar China pada tempoh yang sama.
Menurut penganalisis pasaran, perdagangan dua hala China-ASEAN turun daripada kadar pertumbuhan lebih 10% pada suku pertama tahun ini berikutan isu-isu termasuk situasi politik dan ekonomi yang kurang stabil di beberapa negara ASEAN. Namun pada bulan April dan Mei yang lalu, situasi penurunan itu terkawal. Walaubagaimanapun, China dan negara ASEAN masih perlu berusaha sedaya upaya untuk memelihara peningkatan perdagangan yang mantap kerana faktor yang menjejaskan suasana ekonomi tetap wujud di negara-negara berkenaan.