Cari:
Malaysia Sedia Hantar Tapir ke China sebagai Pertukaran dengan Panda
2014-06-12 13:11:27 CRI Cetak

Menurut laporan Utusan, cadangan meminjamkan tapir sebagai balasan terhadap sepasang beruang panda gergasi yang dipinjamkan kerajaan China sebagai simbol ikatan kerjasama negara itu dengan Malaysia boleh dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri G. Palanivel selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Taman Negara Kebangsaan Kali Pertama di Kuala Tahan semalam.

Menurut beliau, buat masa ini pihaknya masih menunggu persetujuan kerajaan China berhubung cadangan berkenaan dengan beberapa persiapan ke arah itu sedang dilakukan. Pihaknya sudah mengenal pasti pasangan tapir ini di beberapa buah pusat pemuliharaan di Taman Negara dan sudah meneliti persiapan untuk menghantar haiwan ini.

Sementara itu, Palanivel berkata, Zoo Negara masih mengkaji tempoh masa kemasukan percuma untuk orang ramai melihat pasangan panda berkenaan. Selepas tempoh itu, pengunjung akan dikenakan caj sebanyak RM20 bagi orang dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak yang ingin melihat pasangan panda yang menjadi simbol ikatan kerjasama 40 tahun China-Malaysia .

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China