Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengulangi komitmen Malaysia untuk meneruskan usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
Najib dalam akaun Twitter beliau mengatakan, mereka yang berada di dalam pesawat itu dan anggota keluarga terbabit sentiasa dalam ingatan sepanjang seratus hari sejak MH370 hilang. Malaysia kekal komited dalam usaha mencari berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya dalam satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu akan terus menyokong operasi mencari, dan waris penumpang pesawat terbabit.
Setakat ini, Malaysia membelanjakan RM27.6 juta untuk usaha mencari pesawat yang hilang itu.---- (Utusan Online)