Cari:
Skop Mencari Pesawat MH370 Lebih Meluas
2014-06-16 15:32:29 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia akan meneruskan fasa terbaharu mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi biarpun belum ada bukti penemuannya selepas pesawat itu hilang lebih 100 hari yang lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi semalam berkata, beliau telah mengetuai sebuah Jawatankuasa Teknikal dan bekerjasama dengan kerajaan Australia bagi menjejaki pesawat itu di lautan tersebut.

Menurut Aziz, menerusi fasa terbaharu pencarian MH370 itu, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Australia dalam operasi mencari pesawat berkenaan termasuk mengeluarkan kos perbelanjaan.

Tambahnya, selepas pencarian dalam fasa terbaharu itu, pihaknya akan membuat penilaian semula termasuk mengumumkan perkembangan terbaharu dalam operasi itu dan juga kos baharu yang akan dikeluarkan kelak.

Baru-baru ini, Australia bersetuju untuk mengeluarkan bajet baharu dalam operasi itu yang akan menggunakan peralatan lebih canggih. (Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China