Cari:
China, Australia Tambah Aset
2014-06-17 14:31:41 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia bersama China dan Australia terus komited dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai berakhir di Lautan Hindi dengan menghantar Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai wakil ke Australia pada minggu lalu.

Sewaktu kunjungan ke negara itu, Abdul Rahim telah mengadakan satu mesyuarat khas bagi membincangkan langkah-langkah terbaharu dalam usaha mencari pesawat itu. China dan Australia masing-masing bersetuju menambah aset dalam usaha berkenaan.

Menurut beliau, China dan Australia masing-masing menghantar sebuah kapal untuk misi seterusnya yang ditumpukan kepada kawasan yang tidak jauh dari tempat pencarian yang dahulu

Dimaklumkan, operasi yang sudah pun bermula itu dijangka lebih mencabar kerana ia melibatkan kawasan pencarian yang baharu. (Utusan Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China