Cari:
Malaysia Perkenal Program Pelancongan
2014-06-19 14:38:26 CRI Cetak

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz memperkenalkan program-program pelancongan di Singapura semalam.

Mohamed Nazri dalam sidang media menyatakan, Singapura merupakan sumber pelancong yang terbesar bagi Malaysia. Beliau berharap agar Jabatan Pelancongan dapat mengemaskinikan dan menawarkan perkhidmatan yang baharu bagi menarik kedatangan pelancong Singapura yang lebih ramai.

Dimaklumkan, projek pembinaan beberapa tempat peranginan di Langkawi sedang diusahakan, manakala program pembangunan taman hiburan bertema di Genting bakal dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Jabatan Pelancongan Malaysia berusaha memperkenalkan program pelancongannya termasuk "Tahun Pelancongan Malaysia" bagi mengurangkan dampak negatif ekoran kejadian pesawat MH370 yang hilang lebih seratus hari lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China