Cari:
MH370: Kajian Pemetaan Dasar Laut Tiga Bulan
2014-06-19 14:40:42 CRI Cetak

Kajian pemetaan dasar laut di lokasi mencari pesawat MH370 membabitkan kawasan seluas 60,000 kilometer persegi di barat Perth, Australia dijangka mengambil masa tiga bulan.

Jurucakap Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, zon pencarian kawasan baharu bagi pesawat itu akan diumumkan akhir bulan ini oleh kerajaan Australia.

Pihak berkuasa negara itu memerlukan analisis dan pelbagai data yang lain bagi menentukan kawasan pencarian untuk fasa seterusnya.

Sementara itu, JACC dalam kenyataannya semalam berkata, kapal Fugro Equator milik Australia dan kapal Zhu Kezhen dari China. sudah mula melakukan pencarian di kawasan yang dikenal pasti.

Setakat ini, kapal China itu sudah melakukan tinjauan di kawasan seluas 4,088 kilometer persegi. (Berita Harian Online)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China