Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Seri Mustapa bin Mohamed
Perusahaan China di Malaysia boleh memperoleh kejayaan yang lebih besar.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Dato' Seri Mustapa bin Mohamed dalam Sidang Dialog Menteri-Perusahaan China di Kuala Lumpur semalam.
Dato' Seri Mustapa berkata, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, prestasi perusahaan China di Malaysia amat berjaya, terutamanya projek Jambatan Kedua Pulau Pinang yang menyaksikan pencapaian yang cemerlang. Beliau menganggap sidang dialog ini sebagai amat mustahak kerana ia memudahkan kedua-dua pihak memahami keinginan dan keperluan satu sama lain.
Dato' Seri Mustapa (ketiga dari kanan) berbual-bual dengan wakil perusahaan China.