Cari:
Malaysia, Singapura, Thailand Giat Menarik Pelancong dari China
2014-06-22 15:26:38 Agensi Berita China Cetak

Seiring dengan kedatangan musim kemuncak pelancongan, Biro Pelancongan Malaysia, Singapura dan Thailand masing-masing giat menyertai jerayawara pelancongan semasa cuti sekolah musim panas anjuran pelbagai agensi pelancongan provinsi Guangdong. Negara-negara anggota ASEAN tersebut memperkenalkan pakej pelancongan yang diberi harga berdiskaun dan memaklumkan dasar pelancongan dan maklumat keselamatan yang optimistik kepada rakyat China.

Menurut Wen Qian, Pengurus Besar Pusat Promosi Pasaran Agensi Pelancongan Guangzhilu Guangzhou, Asia Tenggara merupakan salah satu pasaran yang terbesar bagi agensinya dalam bidang pelancongan menuju ke luar. Tambah beliau, jumlah pelancong ke Malaysia, Thailand dan Singapura diramalkan akan melonjak 10% hingga 20% pada musim kemuncak ini berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas berikutan rangsangan dari promosi yang berskop besar tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China