China mementingkan hubungan persahabatan dengan Malaysia dan bersedia menggalakkan hubungan rakan strategik menyeluruh kedua-dua negara berkembang pesat.
Demikian dikatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Beijing hari ini.
Xi Jinping berkata, China mengutamakan hubungan persahabatan dengan negara-negara jiran dan bersedia membangun bersama dengan negara-negara berkenaan. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-Malaysia, maka kedua-dua negara ini perlu mengambil peluang ini, meningkatkan hubungan rakan strategik menyeluruh ke tahap yang baharu.
Beliau berkata, Malaysia akan menjadi Pengerusi Bergilir ASEAN pada tahun depan. China bersedia memberikan sokongan kepada Malaysia supaya hubungan antara China dengan ASEAN menjadi lebih erat.
Tan Sri Pandikar pula berkata, Dewan Rakyat Malaysia bersedia memberikan sumbangan untuk memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara.