Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Zhang Dejiang bertemu dengan Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Beijing semalam.
Zhang Dejiang berkata, China dan Malaysia merupakan negara jiran yang rapat. Hubungan China dengan Malaysia merupakan contoh bagi hubungan China dengan negara lain di ASEAN. Pada masa ini, rakyat China berjuang untuk mewujudkan kebangkitan semula bangsa China dan rakyat Malaysia pula berjuang untuk mewujudkan Wawasan 2020. Oleh itu, Kongres Rakyat Kebangsaan China dan Dewan Rakyat Malaysia harus bekerjasama untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara.