Cari:
Dato' Jailani: Media Malaysia Diharapkan Perkasakan Kerjasama dengan CRI
2014-06-26 16:58:52 CRI Cetak

Kerjasama antara media Malaysia dan China signifikan bagi meningkatkan persefahaman rakyat kedua-dua negara. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari semasa melawat Radio Antarabangsa China (CRI) di Beijing hari ini.

Dalam pertemuan dengan Naib Ketua Editor CRI, Encik Ren Qian, Dato' Jailani berkata, media-media Malaysia diharapkan boleh memperkasakan kerjasama dengan CRI, khususnya dengan Bahagian Bahasa Melayu dalam pelbagai aspek, termasuk perkongsian berita dan pertukaran tenaga profesional. Kerjasama ini kini amat signifikan bagi membantu meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara.

Tambah beliau, kerjasama dalam perkongsian berita itu akan membolehkan rakyat kedua-dua negara mengetahui isu-isu serantau dengan lebih tepat dan pantas, dan tanpa dipengaruhi oleh khabar-khabar angin dan laporan yang bersifat negatif oleh media-media Barat. Kerjasama ini perlu dilakukan dalam laporan mengenai perkembangan peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada masa akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China