Sidang Interaksi Kebudayaan Islam China-Malaysia yang juga dikenali sebagai Pameran Kebudayaan Islam China 2014 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 3 hingga 8 Julai. Pameran itu sebagai salah satu aktiviti sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik China-Malaysia.
Pameran yang bertemakan "Wariskan Persahabatan Jalan Sutera, Bersama Cipta Masa Depan" itu dianjurkan oleh Persatuan Islam China, Kedutaan Besar China ke Malaysia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Acara utama termasuk Sidang Interaksi Islam China-Malaysia, pameran foto kebudayaan Islam China, pameran artifak Islam China, pertunjukkan kaligrafi Arab, pembacaan al-Quran dan lain-lain.