Cari:
Hamzah: Kunjungan ke Beijing Berhasil
2014-06-28 16:02:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kunjungan beliau ke China bersama pengerusi tiga jawatankuasa kecil peringkat menteri mengenai kehilangan pesawat MH370 sebagai berjaya dan tepat pada masanya.

Katanya kunjungan itu bertujuan meningkatkan kefahaman kedua-dua negara tentang tragedi kehilangan pesawat berkenan, di samping memperteguhkan lagi prinsip perjanjian tiga pihak melibatkan Malaysia, China dan Australia.

Beliau berkata, kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan teknikal, penggunaan aset dan waris penumpang.

Mesyuarat yang diadakan juga membuat ikhtisar tentang beberapa prinsip baharu berhubung operasi yang dirancang kedua-dua pihak selepas pengumuman dibuat mengenai kawasan pencarian baharu MH370.

Menurut Hamzah, rakan sejawatannya dari China, Xie Hangsheng memaklumkan beliau memahami budaya dan mekanisme yang digunakan Malaysia untuk menyelesaikan isu berkaitan sanak saudara penumpang China yang terlibat dan operasi mencari dan menyelamat berhubung tragedi itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China