Menteri Pengangkutan Malaysia yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai bertemu dengan mantan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk membincangkan kes kehilangan pesawat MAS MH370.
Liow menyatakan, kini, muncul banyak khabar angin dan laporan palsu tentang insiden kehilangan pesawat itu. Pihaknya tidak akan memberi maklum balas tentang sebarang maklumat yang belum disahkan. Penyelarasan tugas seterusnya menjadi tumpuan dalam perbincangan berkenaan.