Menteri Pengangkutan Malaysia yang baharu, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Malaysia sedang meneliti senarai peralatan yang akan digunakan dalam usaha mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
Menurut laporan sebelum ini, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengumumkan bahawa usaha mencari pada fasa selanjutnya akan memberi tumpuan di dasar laut ratusan kilometer dari selatan kawasan perairan tempat pesawat berkenaan disyaki terhempas sebelum ini.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pencarian telah memasuki fasa yang baharu. Malaysia akan meningkatkan koordinasi dengan China dan Australia dalam usaha mencari di lokasi baharu.