Hubungan antara Malaysia dan China terus kukuh. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Hamim Samuri berkata pelbagai program dirancang bersama oleh kedua-dua negara. Ini termasuk Program Lima Tahun Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan, yang ditandatangani pada 5 Oktober lepas bagi tempoh 2013 hingga 2017.
Program tersebut merupakan bukti jalinan kukuh menjadikan Malaysia sebagai rakan perdagangan terbesar China dalam kalangan negara ASEAN.
China adalah rakan dagang utama Malaysia dengan nilai dagangan mencecah 203.3 bilion Ringgit pada tahun lepas. Secara keseluruhannya, nilai eksport Malaysia telah meningkat sebanyak 9.2% kepada 96.9 bilion Ringgit pada 2013 berbanding tahun sebelumnya.
Dari 2009 hingga 2013, Malaysia mencatatkan jumlah lebihan dagangan dengan China bernilai 23.5 bilion Ringgit.
--RTM