Cari:
Dagangan China ke Malaysia USD 2 Bilion
2014-07-05 14:56:16 CRI Cetak

Jumlah pelaburan bagi China ke Malaysia diunjur melebihi USD 2 bilion (RM6.37 bilion) menjelang akhir tahun ini berikutan penubuhan Taman Perindustrian Malaysia-China di Kuantan (MCKIP).

Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang berkata, China akan melabur sebanyak USD 1.4 bilion (RM4.46 bilion) dalam satu projek besar di taman perindustrian tersebut pada tahun ini.

Beliau menambah, kerajaan China akan terus menggalakkan syarikat perusahaan di sana untuk merebut peluang pelaburan yang banyak dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Huang berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat sempena ulang tahun persahabatan Malaysia-China ke-40 di Kuala Lumpur semalam. (sumber dari Utusan)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China