Cari:
Hubungan Baik Melayu-Cina Perlu Dikekalkan
2014-07-06 14:02:47 CRI Cetak

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, hubungan baik yang terjalin antara masyarakat Melayu-Cina di negara ini amat baik dan perlu dikekalkan demi mencapai kehidupan yang lebih harmoni.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan ringkas pada majlis berbuka puasa sempena Ekspo Kebudayaan Islam China-Malaysia 2014 di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, orang Islam juga sudah lama menerima kehadiran penganut agama lain di Malaysia dan sentiasa bertoleransi bagi memenuhi keperluan mereka.

Tambah beliau, perbezaan pendapat yang wujud di antara pemimpin agama perlu diatasi dengan cara setiap pihak menerima kehadiran bangsa lain dalam kehidupan masing-masing.

Sementara itu, berhubung penganjuran ekspo itu, beliau menyeru kepada kerajaan Malaysia dan China agar memperbanyakkan program seumpamanya bagi mempromosikan nilai dan kebaikan dalam ajaran Islam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China