Cari:
Kedutaan Besar China di Filipina Gesa Warganya Berhati-hati
2014-07-09 11:59:06 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Filipina semalam mengingati warga China yang berada di negara itu atau merancang melawat negara itu agar memberi perhatian kepada situasi keselamatan di negara itu. Mereka digesa memahami risiko keselamatan secara menyeluruh, serta berwaspada demi keselamatan dan mengelakkan kerugian harta. Notis keselamatan tersebut dikeluarkan berikutan peningkatan besar kes jenayah pada tahun ini.

Berdasarkan laporan pihak polis Filipina, 289,189 kes jenayah berlaku di negara itu dalam lima bulan pertama pada tahun ini, meningkat 17.8% berbanding masa yang sama tahun lalu. Ini termasuk kes jenayah serius seperti bunuh, rogol dan rompak yang mencatat 25,354 kes.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China