Cari:
Najib: Pesalah Harus Dibawa ke Pengadilan
2014-07-18 15:27:51 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media di Kuala Lumpur awal pagi ini berkata, sekiranya benar pesawat MH17 ditembak, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membawa pesalah ke muka pengadilan.

Katanya, beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama telah menghubunginya untuk menyatakan sokongan dalam hal tersebut. Kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan siasatan antarabangsa dan bersetuju untuk tidak menyembunyikan sebarang hasil siasatan. Mana-mana pihak tidak dibenarkan mengalihkan bangkai pesawat itu termasuk kotak hitam.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko yang dihubungi Perdana Menteri Belanda melalui telefon komited satu siasatan yang menyeluruh, telus dan berkecuali, sekali gus berunding dengan kumpulan bersenjata antikerajaan di timur negara itu bagi melicinkan proses pembinaan koridor kemanusiaan menuju ke tempat kejadian.

Dalam pada itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengumumkan laluan penerbangan pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine adalah selamat dan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China