Cari:
Kumpulan Bersenjata Ukraine Sedia Kerjasama Atas Siasatan Nahas MH17
2014-07-19 15:18:23 CRI Cetak

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan)

Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam menyatakan bahawa kerajaan Ukraine akan mengetuai penyiasatan nahas pesawat MH17 menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Kumpulan bersenjata kalangan rakyat di timur Ukraine bersetuju bekerjasama dengan kerajaan untuk menyiasat kejadian tersebut dan menjamin keselamatan pegawai penyiasat yang bertugas di tapak nahas tersebut.

Liow Tiong Lai berkata demikian dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam. Menurut beliau, pihak Malaysia menawarkan sokongan penuh dan tanpa syarat kepada siasatan itu. Beliau menggesa semua pihak bekerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat disiapkan selain memelihara kewibawaan tapak nahas itu.

Sementara itu, Ukraine telah mempelawa Malaysia, Belanda, Syarikat Boeing, Pertubuhan Penerangan Awam Antarabangsa, Eurocontrol( sebuah agensi kawalan udara Eropah), Suruhanjaya Eropah dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan A.S. untuk membantu dalam siasatan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China