Cari:
Mayat Mangsa MH17 Dibawa Keluar Tempat Nahas
2014-07-20 14:11:44 CRI Cetak

Pelbagai pihak terus mengadakan perbincangan tentang tragedi pesawat MH17 semalam, di samping itu mayat mangsa kemalangan ini mulai dibawa keluar dari tempat nahas tersebut.

Kira-kira 38 mayat mangsa telah diangkut keluar dari tempat pesawat MH17 terhempas. Kini, lebih kurang 50 orang pakar forensik dari Donetsk mulai bekerja di tempat nahas tersebut. Manakala delegasi Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah pula telah tiba di tempat tersebut untuk mendapat maklumat tentang kejadian berkenaan daripada penduduk tempatan, penyelamat dan doktor.

Pada hari yang sama, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte menyatakan bahawa tugas yang paling mendesak ialah menemui mayat semua mangsa. Selain itu, beliau juga menggesa Prsiden Rusia, Vladimir Putin menggunakan pengaruhnya dalam siasatan kejadian kali ini.

Menteri Luar Rusia dan Setiausaha Negara A.S. telah berbincang tentang isu ini menerusi telefon dan bersepakat untuk menjamin siasatan antarabangsa terhadap punca tragedi pesawat MH17 dilakukan secara "berkecuali, bebas dan terbuka".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China