Cari:
Putin Telefon Pemimpin Empat Negara Terlibat MH17
2014-07-21 13:15:46 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam menghubungi pemimpin Britain, Australia, Belanda dan Jerman tentang tragedi pesawat MH17. Beliau berkata, Rusia bersedia untuk menyediakan bantuan dalam penyiasatan nahas itu. Beliau menegaskan, kenyataan politik perlu dielakkan sebelum siasatan tamat.

Dalam perbualan melalui telefon dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, Putin menegaskan bahawa pakar dari Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) perlu dibenarkan memasuki tempat pesawat itu terhempas dengan segera untuk menjamin kerja siasatan dijalankan secara bebas dan objektif. Kedua-dua pemimpin itu juga berkata, pertempuran di Ukraine khususnya di lokasi nahas mesti dihentikan segera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China