Cari:
UNSC Gesa Pelbagai Pihak Bekerjasama Dalam Siasatan Nahas MH17
2014-07-22 11:10:06 CRI Cetak
Majlis Keselamatan PBB (UNSC) meluluskan resolusi mengecam nahas MH17, dan menggesa pelbagai pihak yang terlibat supaya bekerjasama dalam usaha siasatan antarabangsa terhadap tragedi tersebut.

Menurut resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan dalam mesyuarat mengenai situasi di Ukraine, majlis tersebut menyokong siasatan antarabangsa yang menyeluruh, terperinci dan bebas terhadap kemalangan MH17 berdasarkan peraturan penerbangan awam antarabangsa. Di samping itu, mereka memberi perhatian tinggi terhadap laporan yang mengatakan "tidak dapat memasuki kawasan nahas dan halangan keluar masuk".

Majlis tersebut turut menggesa kegiatan ketenteraan di sekitar lokasi nahas dihentikan segera dan pelbagai negara yang terlibat bekerjasama sepenuhnya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China