Cari:
Kumpulan Militan Digesa Jangan Ganggu Siasatan MH17
2014-07-22 12:25:53 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama semalam dalam ucapan mengenai nahas MH17, menyeru Rusia agar terus memberi tekanan kepada kumpulan militan di timur Ukraine supaya tidak mengganggu kerja kumpulan siasatan antarabangsa.

Obama mengecam kumpulan militan yang mengganggu dan menghalang kerja susulan dan siasatan selepas pesawat MH17 terhempas menyebabkan banyak lagi mayat mangsa masih belum dapat dikendalikan setelah empat hari nahas berlaku.

Obama mendesak Rusia khususnya Presiden Vladimir Putin supaya menggunakan pengaruhnya terhadap kumpulan militan di timur Ukraine bekerjasama dengan kumpulan siasatan antarabangsa dan jangan merosakkan bukti di tempat kejadian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China