Cari:
Kotak Hitam MH17 Dibawa Tiba Britain
2014-07-24 11:12:42 CRI Cetak

Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara Britain semalam mengesahkan bahawa dua kotak hitam MH17 telah dibawa ke ibu pejabatnya oleh Jawatankuasa Keselamatan Belanda. Pakar penerbangan antarabangsa akan memuat turun, membaca dan menganalisis data-data di dalam kotak hitam tersebut.

Dua pesawat pengangkut Tentera Udara Belanda yang membawa 40 mayat mangsa MH17 telah berlepas dari Lapangan Terbang Kharkiv, Ukraine tengah hari semalam dan mendarat di Lapangan Terbang Jewish Eindhoven Belanda pada petang hari yang sama. Raja, Perdana Menteri dan tokoh-tokoh pelbagai kalangan Belanda berada di lapangan terbang untuk menyambut mayat-mayat mangsa. Belanda mengumumkan 23 Julai sebagai hari berkabung negara untuk memperingati mangsa-mangsa korban itu.

Kementerian Luar Rusia melalui jurucakapnya Alexander Lukashevich semalam mengeluarkan kenyataan bahawa mangsa nahas MH17 merupakan mangsa peperangan. Namun pihak berkuasa Kiev enggan mendengar suara yang rasional, sebaliknya terus menggunakan senjata berat untuk melakukan serangan terhadap kawasan di sekitar lokasi nahas MH17. Selain itu, tindakan pegawai pihak berkuasa Ukraine mengubah rekod penyelarasan penerbangan ketenteraan dan awam tanpa memaklumkan penyiasat antarabangsa, melanggar prinsip objektif dan adil dalam proses siasatan nahas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China