Malaysia Airlines (MAS) malam semalam menganjurkan majlis khas bacaan doa untuk memperingati mangsa-mangsa tragedi pesawat MH17 yang terhempas di Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
Majlis doa kali ini turut dihadiri oleh ratusan orang termasuk Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pegawai-pegawai tempatan, anggota keluarga mangsa dan perwakilan dari beberapa kumpulan agama serta kaki tangan MAS.
Pesawat MAS, MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di timur Ukraine yang berdekatan dengan Rusia pada petang 17 Julai waktu tempatan. Kesemua 298 orang penumpang dan krew dalam pesawat tersebut terkorban.