Cari:
Sidang Promosi Peluang Perdagangan Malaysia di Beijing
2014-08-04 17:21:42 CRI Cetak

Sidang Promosi Peluang Perdagangan Malaysia diadakan di Beijing hari ini bagi meningkatkan fahaman syarikat China terhadap peluang perdagangan di Malaysia serta menggalakkan kerjasama yang saling menguntungkan.

Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin menyatakan, hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara berkembang sihat pada beberapa tahun ini. Kerjasama yang saling melengkapi dalam bidang perdagangan, pelaburan serta industri mempunyai prospek yang cemerlang. Sejak tahun 2009, China selalu merupakan rakan dagang terbesar bagi Malaysia. Kerajaan Malaysia mengalu-alukan syarikat China berurus niaga dan melabur di Malaysia dan akan menyediakan persekitaran pelaburan dan kemudahan yang baik kepada mereka.

Menteri Kaunselor (Ekonomi) di Kedutaaan Malaysia di China, Ong Chong Yi berkata, kini pelaburan syarikat China di Malaysia tertumpu dalam bidang kewangan dan hartanah. Malaysia berharap menarik lebih banyak pelaburan dari industri sains dan teknologi tinggi China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China