Cari:
NCPO Thailand Luluskan Projek Landasan Kereta Api ke China
2014-08-05 11:57:09 CRI Cetak

Majlis Kebangsaan bagi Keamanan dan Ketenteraman Thailand (NCPO) meluluskan pelan pembangunan infrastruktur lalu lintas 2015-2020 yang bernilai 860 bilion baht pada 29 Julai lalu. Pelan ini termasuk memperuntukkan 120 baht untuk memperbaiki enam landasan kereta api tolok satu meter yang sedia ada dan 740 bilion baht lagi untuk membina dua landasan kereta api tolok piawai yang masing-masing dari provinsi Ayuttaya di bahagian tengah ke provinsi Chiang Rai di bahagian utara, dan dari provinsi Rayong yang juga di bahagian tengah ke provinsi Nong Khai di bahagian timur laut negara itu. Projek ini dijangka disiapkan pada tahun 2021.

Landasan kereta api yang sedia ada di Thailand menggunakan tolok satu meter dan telah bersejarah lebih 100 tahun. Kemudahan yang usang menyekat kelajuan kereta api di negara itu pada 60 km sejam ke bawah. Tambah lagi, kebanyakan negara jiran Thailand menggunakan landasan tolok piawai, ini mengakibatkan penduduk Thailand sukar melawat ke negara lain dengan menaiki kereta api. Kedua-dua landasan kereta api baharu dalam pelan kali ini akan menggunakan tolok piawai. Kelajuan kereta apinya akan mencapai 160 km sejam pada tempoh awal dan akan ditingkatkan lagi pada masa depan. Setelah bersambung dengan landasan kereta api di Laos dan Myanmar, kereta api dari Thailand dapat secara langsung sampai ke China dan India bagi mewujudkan kesalinghubungan serantau.

Pengerusi NCPO, Prayut Chan-ocha menegaskan pada 1 Ogos lalu bahawa pihaknya akan menubuhkan majlis khas untuk menguruskan dan menyelia operasi projek infrastruktur tersebut. Tawaran terbuka akan diadakan dan penggunaan dana mesti telus. NCPO juga mengarahkan jabatan lalu lintas terus menyelidik penaiktarafan landasan baharu ini pada masa depan.

Para penganalisis berpendapat, pembinaan landasan kereta api yang baharu memperlihatkan tekad kukuh kerajaan negara itu untuk menjadi hab lalu lintas di Asia Tenggara. Landasan tolok piawai itu akan melancarkan pengangkutan kereta api dari Thailand ke China, India dan beberapa negara besar lain, sekaligus membantu menjimat waktu dan kos logistik dan bermanfaat bagi meningkatkan perdagangan dengan negara-negara di rantau ini, sambil merangsang pembangunan ekonomi Thailand sendiri. Pada masa yang sama, penyambungan landasan kereta api Thailand dengan jaringan landasan kereta api laju di China juga membawa makna strategik bagi China dan akan membantu China terus meningkatkan pengaruhnya di Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China