Cari:
Datin Paduka Chew Mei Fun: SAR MH370 Tidak Pernah Berhenti
2014-08-09 14:36:20 CRI Cetak

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datin Paduka Chew Mei Fun semalam menyatakan bahawa usaha mencari dan menyelamata (SAR) kerajaan Malaysia terhadap pesawat MH370 yang hilang tidak pernah berhenti dalam tempoh lebih 5 bulan yang lalu.

Menurut beliau, SAR fasa baharu akan dimulakan pada pertengahan bulan September nanti dan setiap hari tetap terdapat 5 hingga 6 orang kakitangan MAS dan Kementerian Pengangkutan Malaysia berada di China untuk menyediakan bantuan kepada keluarga penumpang China pada masa ini.

Sebagai Utusan Prihatin Keluarga insiden MH370, Datin Paduka Chew berkata, meskipun masih terdapat banyak persoalan yang tidak mampu dijawab pada masa ini, perhatian Perdana Menteri, kerajaan dan rakyat Malaysia serta kakitangan MAS terhadap keluarga penumpang adalah konsisten lagi tulus.

Tambah beliau, walaupun menghadapi cabaran perisitwa cemas, namun hubungan Malaysia-China tidak terjejas, sebaliknya semakin kukuh, ini kerana hubungan persahabatan kedua-dua negara selama 40 tahun ini mampu menghadapi apa jua ujian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China