Cari:
Menteri Luar China dan Malaysia Bincangkan Isu Hubungan Bilateral
2014-08-09 14:54:44 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang menghadiri siri mesyuarat menteri-menteri luar kerjasama Asia Timur di Naypyidew, Myanmar semalam telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Anifah Aman.

Wang Yi menyatakan bahawa tahun ini ulang tahun ke-40 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, kedua-dua pihak telah mengadakan pelbagai aktiviti sambutan. China bersedia bersama dengan Malaysia melaksanakan persepakatan yang dicapai pemimpin kedua-dua negara supaya hubungan bilateral terus memainkan peranan contoh baik dan peneraju dalam hubungan China dengan negara anggota ASEAN yang lain. Kedua-dua negara akan memelihara pertukaran lawatan peringkat tinggi di samping meningkatkan tahap kerjasama ekonomi dan perdagangan serta menggalakkan pertukaran sektor pelancongan, pendidikan dan kebudayaan. China bersedia terus menyertai operasi mencari dan siasatan yang seterusnya terhadap pesawat MH370 yang hilang. Serentak itu, Wang Yi sekali lagi menyampaikan rasa simpati kepada Malaysia atas peristiwa pesawat MH17.

Anifah Aman menyatakan bahawa Malaysia memberi perhatian besar terhadap persepakatan yang dicapai Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin China dan bersedia bersama dengan China menggalakkan perkembangan hubungan rakan strategi yang menyeluruh. Malaysia akan terus memberikan sumbangan dalam usaha menggalakkan hubungan ASEAN-China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China