Cari:
Pendirian Teguh China untuk Pelihara Kedaulatan Negara
2014-08-10 15:55:06 CRI Cetak

Pendirian China untuk memelihara kedaulatan negara dan kepentingan maritim adalah teguh dan tidak akan berganjak. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN (10+1) semalam sebagai respons terhadap "Cadangan Isu Laut China Selatan" yang dikemukakan oleh beberapa negara.

Wang Yi menyatakan, sebagai kuasa besar yang bertanggungjawab, China mengekalkan sikap yang sabar dan terus berusaha untuk menyelesaikan pertikaian melalui rundingan damai. Bagaimanapun, China juga akan memberi reaksi yang jelas dan teguh terhadap kegiatan provokasi. China dan ASEAN dipercayai mempunyai kemampuan dan kebijaksanaan untuk bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan di Luat China Selatan.

Menurut Wang, China bersedia mendengar cadangan pelbagai pihak mengenai isu Laut China Selatan. Bagaimanapun, cadangan tersebut sepatutnya adalah objektif, adil dan bersifat membina, bukanlah untuk merumitkan situasi dan mengakibatkan perselisihan yang baharu bahkan berniat jahat. Cadangan baharu untuk mengelakkan situasi daripada terus dirumitkan tidak diperlukan kerana peraturan yang jelas telah ditetapkan dalam Deklarasi Tata Laku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan(DOC). Jika cadangan baharu berlainan dengan peraturan DOC, nescaya akan mengganggu pelaksanaan DOC dan rundingan mengenai Kod Tata Laku Pihak-phak Berkaitan di Laut China Selatan(COC) serta menjejaskan kepentingan bersama China dan negara-negara ASEAN. Cadangan baharu tersebut tidak adil dan tidak boleh diterima jika bersifat dwistandard.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China