Cari:
Operasi Mencari MH370 Diteruskan
2014-08-11 15:42:38 CRI Cetak

Walaupun lima bulan sudah berlalu sejak kes kehilangan pesawat MH370 berlaku, namun, operasi mencari MH370 masih merupakan fokus utama kerajaan Malaysia. Janji kerajaan untuk terus mencari MH370 tidak berubah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan Malasyia, Liow Tiong Lai kelmarin.

Menurut kenyataan tersebut, Liow akan bertolak ke Australia pada 19 Ogos nanti untuk menghadiri sidang peringkat menteri tiga pihak dengan pihak Australia dan China, selain bertemu dengan pelbagai agensi berkenaan dan pasukan operasi mencari MH370.

Beliau menegaskan lagi, janji kerajaan Malaysia untuk mencari MH370 tidak pernah berubah dan akan diteruskan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China