Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan semalam, Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar negara itu sedang berbincang untuk membawa insiden pesawat MH17 ke mahkamah antarabangsa atau mahkamah Ukraine supaya pihak yang menembak jatuh pesawat itu dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia berjaya memindahkan mayat mangsa dari tempat kejadian ke tanah air.
Dalam pada itu, Malaysia akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk mencari pesawat MH370 yang hilang hubungan di koridor selatan.