Jabatan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenyataan semalam, 22 Ogos ditetapkan sebagai Hari Berkabung Negara bagi memperingati tragedi pesawat MH17. Pada hari itu, semua aktiviti hiburan dihentikan.
Menurut pengumuman itu, semua jabatan dan agensi di negara itu menaikkan bendera kebangsaan separuh tiang. Selain itu, program hiburan melalui televisyen dan radio dibatalkan pada hari itu.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan baru-baru ini, jenazah mangsa MH17 akan dibawa balik ke tanah air pada 22 Ogos.