Cari:
22 Ogos, Hari Rakyat Malaysia Berkabung
2014-08-22 15:53:35 CRI Cetak

20 jenazah mangsa MH17 dibawa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi 22 Ogos.

Hari ini merupakan Hari Berkabung Negara Malaysia, satu perisytiharan bagi memberi penghormatan terhadap mangsa tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17, memahat satu peristiwa dalam sejarah negara rakyat Malaysia berkabung menzahirkan kedukaan.

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib, serta hadir pada majlis tahlil di Masjid Putra di Putrajaya untuk mangsa tragedi MH17.

1,000 orang awam termasuk kakitangan MAS berkumpul di luar Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memberi penghormatan kepada 20 jenazah mangsa tragedi MH17.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu dalam menghadapi suasana hiba serta sama-sama mendoakan dan mengenang mereka yang menjadi mangsa dalam tragedi pesawat MH17.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China