Malaysia tidak akan berputus asa dalam usaha mencari pesawat MH370. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian ketika menghadiri Konvesyen Persatuan Cina Malaysia (MCA) Negeri Sembilan, di Seremban semalam.
Liow berkata, berdasarkan analisis grafik terkini, pasukan pencari antarabangsa menemui objek keras yang disyaki berkaitan dengan pesawat MH370 di 58 buah lokasi. Lokasi-lokasi yang bentuk buminya agak rumit itu melibatkan kawasan seluas 60 ribu kilometer persegi. Misi pencarian di 58 lokasi tersebut dijangka akan diselesaikan dalam tempoh satu tahun.
Beliau menambah, misi pencarian tersebut sukar untuk diselesaikan jika hanya bergantung kepada Malaysia. Ia memerlukan sokongan peralatan pengesan yang canggih serta pasukan pencari profesional dari seluruh dunia.