Cari:
Peta Baharu Pencarian MH370 Didedahkan
2014-09-01 13:59:08 CRI Cetak

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, akan tertumpu di lokasi penting berdasarkan maklumat pemetaan baharu yang disediakan kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) ketika pasukan pencari menyuarakan keyakinan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat terbabit dalam tempoh setahun.

Laporan akhbar Sydney Morning Herald menyebut, proses pemetaan di selatan Lautan Hindi menggunakan dua kapal yang dilengkapi teknologi sonar, hampir selesai dan peta dasar laut yang tepat akan disediakan untuk kegunaan ATSB mencari pesawat MH370.

Jelas laporan berkenaan, berdasarkan kontrak ATSB kepada tiga kapal peninjau iaitu Equator dan Discovery milik syarikat Fugro Survey Australia dan sebuah kapal milik syarikat Malaysia, GO Phoenix, misi pencarian pesawat MH370 bermula hujung September ini akan dilaksanakan mengikut peta baharu yang disediakan.

Ketiga-tiga kapal berkenaan akan menggunakan teknologi pengesan bunyi yang dikenali sebagai towfish yang turut dilengkapi alat pengesan minyak, kamera dan lampu selain mampu bergerak sejauh 100 meter di permukaan dasar laut dan disambung pada kabel besi yang tebal sepanjang 10 kilometer.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China