Cari:
Lee Hsien Loong: Pembangunan China Peluang bagi Singapura
2014-09-12 14:48:51 CRI Cetak

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Guangzhou semalam dan memulakan lawatan kelima beliau ke China sejak menjawat Perdana Menteri. Beliau akan mengunjungi kawasan pembangunan dan perusahaan teknologi tinggi di Guangzhou dan Shenzhen, serta menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) di Nanning, Guangxi. Lee Hsien Loong menyatakan bahawa pembangunan China dipandang sebagai peluang bagi Singapura.

Ekspo China-ASEAN tahun ini bertemakan "Membangun Bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21". Gagasan strategik yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam lawatannya ke Indonesia pada tahun lalu itu bertujuan untuk membangunkan kawasan ekonomi yang mempunyai kesalinghubungan dari segi politik, jalan raya, perdagangan, peredaran mata wang bagi merealisasikan pembangunan dan kemakmuran bersama China dan ASEAN.

Lee Hsien Loong mengalu-alukan strategi pembangunan tersebut. Beliau memuji usaha China mempererat hubungan dengan anggota ASEAN secara menyeluruh. Gagasan strategik itu bermanfaat bagi pembangunan serantau. ASEAN berharap dapat menjalin persahabatan dan kerjasama dengan semua negara. Oleh itu, ketika merapatkan hubungan dengan China, ASEAN juga memperkasakan kerjasama dengan negara dan kawasan lain, seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun. Inilah peranan positif yang dimainkan ASEAN, iaitu menggalakkan kerjasama serantau dan integrasi ekonomi serta kerjasama dengan kawasan luar.

Menyentuh menilai hubungan bilateral China dan Singapura, Lee Hsien Loong berkata, kerjasama bilateral mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-20 Zon Perindustrian Suzhou. Projek utama kerjasama antara kerajaan kedua-dua negara itu boleh dikatakan amat berjaya. Singapura kini sedang mengusahakan Bandar Ekologi Tianjin. Selain itu, pembangunan Bandar Pengetahuan Guangzhou yang dimulakan empat tahun lalu juga mencapai kemajuan yang memuaskan. Kini, kedua-dua negara sedang membincangkan satu lagi projek di kawasan barat China.

Hubungan dan pertukaran antara perusahaan kedua-dua negara juga menunjukkan perkembangan. China merupakan rakan dagang terbesar bagi Singapura, manakala Singapura rakan dagang ke-11 terbesar bagi China. Singapura menjadi sumber pelaburan terbesar bagi China pada tahun 2013. Syarikat Singapura melabur di pelbagai tempat di China, termasuk pesisir laut, kawasan tengah dan barat. Antara perusahaan yang melabur ke China termasuk syarikat pengilang, hartanah, sumber air dan pengurusan sampah, perubatan dan kesihatan, pendidikan, pengangkutan, jualan runcit dan kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China